Syarat Memohon Jawatan PTD Malaysia

Sunday, June 8, 2014

Syarat Memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Malaysia ini ditulis untuk dikongsikan kepada anda yang ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Berikut merupakan syarat-syarat yang boleh dikongsikan untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.


Syarat Memohon Jawatan PTD Malaysia
Syarat-syarat yang bakal dikongsikan perlu diteliti oleh anda yang ingin memohon jawatan PTD sekiranya mahu berjaya dalam peperiksaan bertulis mahupun ketika sesi temuduga nanti.

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu diketahui khusus kepada yang ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Syarat Memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Malaysia

1.Ciri Peribadi
a. Berminat dengan kerjaya tersebut
b. Mempunyai cita-cita yang tinggi dan berdedikasi
c. Seorang yang dinamik
d. Mempunyai minat dalam bidang pentadbiran dan pengurusan

2. Syarat Menceburi Bidang Ini
Bagi yang ingin memohon jawatan PTD ini, anda haruslah mempunyai kelulusan akademik iaitu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda juga haruslah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan bidang pengkhususan universiti tempatan atau luar negara ataupun kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Selain itu, untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik, anda juga haruslah lulus dalam peperiksaan PTD.

3. Tempat Melanjutkan Pengajian
Anda boleh melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sama ada di universiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan. Contohnya, Amerika Syarikat, Australia, Jordan, Jerman dan Indonesia.

4. Syarat Melanjutkan Pengajian
Oleh kerana kerjaya ini boleh diceburi oleh lulusan dan pelbagai bidang, calon haruslah melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang di peringkat sarjana.

Cara pertama: Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang ingin mengikuti program matrikulasi /asasi/kursus persediaan ke luar negara harus lulus dengan baik dalam peperiksaan tersebut dan yang penting mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang diperlukan program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara yang dipilih.

Setelah pengajian tersebut tamat, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda mengikut bidang yang dipilih.

Cara kedua: Anda perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal dalam mata pelajaran Pengajian Am dan beberapa mata pelajaran lain sama ada dalam aliran sains mahupun sastera.

Calon juga perlu lulus dalam SPM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Selepas itu, anda akan terus ditawarkan ke peringkat sarjana muda.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil pelajar lepasan SPM untuk mengikuti pengajian terus ke peringkat sarjana muda. 

Syarat yang diperlukan adalah lulus SPM dengan baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

Semoga dengan perkongsian syarat-syarat memohon jawatan PTD itu dapat memberi sedikit sebanyak maklumat serta informasi kepada anda yang ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Mahu Dapatkan Panduan untuk LULUS exam PTD nanti?


Share :

No comments:

Post a Comment

 

Contact Form

Name

Email *

Message *



yang sedang mencari maklumat kerjaya dan soalan peperiksaan di sini.

...............................................
We respect your email privacy

Rujukan Tambahan

Tips PTD Terbaru