Calon yang berjaya dalam proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Oleh itu, untuk menjadikan pegawai PTD yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program yang bersesuaian diatur bagi matlamat tersebut dapat dicapai.
Berikut dikongsikan proses-proses lantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik supaya dapat memberi sedikit maklumat kepada pegawai PTD lantikan baru.
Proses Lantikan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Tahap 1-Kursus PTD Unggul
Unggul bermaksud tersohor ataupun terbilang. Pastinya perkhidmatan PTD memerlukan pekerjanya mempamerkan budaya kerja yang unggul agar mereka dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran.
Kursus PTD Unggul ini dilaksanakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;
ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan
iii) mendedahkan kepada para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.
Penyumbang input kepada kursus ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Selepas itu, para pegawai PTD lantikan baru akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri.
Tahap 2- Penempatan Di Kementerian Atau Jabatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik lantikan baru akan ditempatkan di mana-mana cawangan di kementerian atau jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin dan pelaksana kepada dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak.
Para pegawai PTD lantikan baru juga dilatih secara on the job training supaya membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam.
Tahap 3- Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)
Pegawai-pegawai PTD lantikan baru akan mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus tersebut harus diikuti dengan jaya kerana ianya merupakan syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41.
Matlamat utama kursus ini adalah seperti berikut:
i) melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan tinggi dan boleh menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui budaya kerja cemerlang;

ii) membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada pelbagai kehendak pelanggan, mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya dan berdisiplin serta mengamalkan konsep kerjasama berkumpulan;
iii) melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
iv) melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan mampu menangani perubahan persekitaran yang dinamik.

Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik.
Latihan akademik merujuk kepada aspek pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul yang dibentuk adalah berasaskan lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial serta keselamatan dan pertahanan negara.
Latihan bukan akademik pula bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan mental, fizikal, rohani dan spiritual para peserta melalui pembelajaran luar bilik kuliah. Selain itu, latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee turut diadakan.
Tahap 4- PTD Training Roadmap
Selepas menamatkan Kursus DPA, tahap keempat iaitu PTD Training Roadmap perlu dilaksanakan oleh pegawai PTD lantikan baru sebelum kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-masing.
Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus PTD Training Roadmap, gred M 41 akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA.
Objektif kursus-kursus dalam siri ini adalah bertujuan meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:

- Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal
- Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
- Pengurusan dasar sektor awam
- Pengurusan sumber manusia di sektor awam
- Perancangan dan pengurusan projek
- Kemahiran perancangan strategik
- Metodologi penyelidikan
- Pentadbiran tanah
Share :

No comments:
Post a Comment